tag
Showing posts with label semporna. Show all posts
Showing posts with label semporna. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Travelog ke Semporna, Sabah - Day 3 (Pulau Mabul)


Yeeeehhhhhaaa!!!!!

Akhirnya....

Pulau yang ditunggu-tunggu dan merupakan destinasi utamaku dalam perjalanan menjelajah kepulauan Borneo. Bak kata orang, kalau pergi semporna tapi tak meninggalkan tapak kaki di pulau ini, rasa macam seolah-olah perjalanan anda tak lengkap la. Sama macam TAGLINE kat penang la..."You never been in penang, if you are were not in penang hill" . Ada butul ka? Lebih kurang la...

Dah merepek meraban aku ni...

Ok, nah....saya sajikan gambar-gambar sekitar kepulauan ini....lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana OhsEEmm nye pulau ni...

Oh ya

Kos ke pulau ini :

Bot persendirian (penduduk tempatan ) = RM 100.00 ( 3 Orang , 2 pulau)

Minum = RM 10.00 ( 3 orang)

Jumlah kerugian seorang = RM 110.00 / 3 = RM 33.30


Selamat Datang!


Viewpoint 1


Viewpoint 2





Air memang jernih kehijau-hijauan





Lokasi pendaratan Helikopter





 


Sekitar pulau mabul






Review mengenai Pulau Mabul :

1) Carilah kawasan pendaratan bot yang selamat (jika menaiki bot persendirian) kerana mungkin anda akan terpijak Periuk Api ( najis) dari penempatan atas laut oleh Penduduk bajau laut. HA HA!

2) Pulau ini berkeluasa lebih kurang seperti pulau KECIL di perhentian, Terengganu.

3) Pulau ini menjadi tarikan selepas pulau Sipadan yang telah tutup akibat serangan lanun dahulu.

4) Terdapat beberapa View Point yang menarik jika anda seorang peminat fotografi.

5) Pulau yang sangat cantik dan anda boleh meneroka di dalam pulau ini dalam masa hanya kurang dari sejam.

6) Terdapat penduduk yang menjalankan aktiviti pernigaan di dalam pulau ini.

7) Macam biasa, kalau agak-agak anda ada beli makanan dan berniat untuk sedekah kepada anak-anak kecil di sini. Lebih baik anda beli dengan kuantiti yang banyak terus, kerana anak-anak kecil ini serba kekurangan dan mereka akan meminta-minta kepada anda. Biasanya, jika anda beri kepada seorang tengoklah satu Batalion yang lain akan datang nanti...KEKEKE..

8) Kawasan tumpuan bagi penggemar-pengemar aktiviti Diving. Kerana apa? Kerana hidupan laut dan ekosistemnya yang unik.

9) Mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Jeti Semporna untuk sampai. kesini.

10) Anda boleh bermalam disini dengan menempah Resort yang paling eksklusif atau Rumah tumpangan yang paling murah sekali.



Secara keseluruhanya, pulau ini Nora bagi **** 4 Bintang!



Monday, 24 December 2012

Travelog ke Semporna, Sabah - Day 2 (Pulau Bohey Dulang)

Hari kedua :

Selepas Pulau Maiga dan Pulau Sibuan, Kami teruskan pengembaraan kami ke pulau yang menyimpan 1001 sejarah. Pulau ini dekali dengan nama Bohey Dulang. Kenapa Bohey? Kenapa Dulang? hehehe...Aku pun masih tercari-cari jawapan yang pasti.

Berdasarkan pengamatan aku, pulau ini mempunyai hutan dan bukit. Tidak seperti pulau-pulau yang telah kami pergi sebelum ini. Terdapat tangga yang boleh dilalui untuk sampai ke puncak bukit di pulau ini.

Tapi masa aku pergi pulau ni, air sudah mulai surut.Jadi agak sukar untuk kami mendarat kerana kawasan pantai sudah mulai surut. Takut nanti merosakkan ekosistem dan hidupan lautnya. Maklumla banyak batu karang. DAMN!.

Frust giler x dapat pergi pulau ni. Hanya dapat ronda-ronda di kawasan sekitarnya. Frust! Frust! Frust!

So, Check this out.....













FRUST! FRUSTNYA!................


Dan inilah yang akan anda lihat kalau anda berjaya mendaki sehingga ke puncak bohey dulang.


Damn Nice!!!....Hajat di hati memang ingin keatas. Tapi apakan daya. Keadaan sekitar kami tidak mengizinkan....Akan ku repeat balik lain kali.













Travelog ke Semporna, Sabah - Day 2 (Pulau Sibuan)


Selepas Pulau Maiga, jelajahan kami diteruskan lagi ke Pulau Sibuan. Seperti biasa, hanya gambar yang aku boleh gambarkan kepada korang bagaimana keadaan pulau ini.

Enjoy!

Dari jarak 1 KM atas bot

Ada gaya-gaya siapa?..cuba teka..haha

Air laut yang menghijau

Macam dalam filem pulak...


Saat mendarat...



Amboi seronoknya dia...




Penduduk Suku kaum bajau laut Pulau sibuan



Rumah yang masih belum dimajukan

Kedai Runcit Pulau Sibuan







Foto Foto



Menung ape tu abang Man

Sebelum ke pulau lain..posing dulu.,.

ayuh ayuh...

Selamat tinggal Pulau Sibuan. See you again!