Assalamualaikum,
Sebenarnya aku tidak pernah merancang untuk sampai ke sabah memandangkan banyak lagi kawasan semenanjung yang belum dijelajahi. Tetapi memandangkan trip kali ini aku rasakan sangat menarik selepas aku dengar –dengar cerita dari orang dan juga selepas melakukan sedikit searching dari pakcik google, Aku pun bersetuju serta merta tanpa berfikir panjang.
Peta negeri sabah |
Sebenarnya juga salah seorang kawan aku di tempat kerja berasal dari negeri sabah dan yang lebih menariknya dia tinggal di sekitar kawasan semporna. Pada aku, semporna merupakan sebuah daerah yang sangat cantik di negeri sabah ini. Terdapat beberapa gugusan pulau di kawasan sekitar sabah menhadap laut china selatan. Pada mulanya aku pun sendiri tidak menyangka di sempona terdapat pulau –pulau yang begitu cantik. Patutla pun tersenarai antara salah satu kawasan yang mempunyai pulau antara yang tercantik di dunia dari segi Coral and taman lautnya. excited kejap aku…..hehhehe….
Sebagai langkah yang pertama aku membeli tiket dari Cik Air Asia, penerbangan termurah rantau asia tenggara dengan moto slogannya “ Now Everyone Can Fly” dan memilih Tawau sebagai destinasi kami sebelum ke daerah semporna.
Plan aku kali ini seramai tiga orang yakni aku sendiri, membe aku seorang NIZAM, freelance photographer dan kawan aku seorang lagi, ZUL yang berasal dari daerah semporna.
So kami bertiga akan ke semporna………yeeeehhaaa…
Harga tiket Penerbangan air asia ( booking 3 bulan awal) :
Pergi (20 April 2012) : Kuala Lumpur – Tawau = RM 150.00
Balik (23 April 2012) : Tawau - Kuala Lumpur = RM 148.00
Jumlah Kerugian =RM 298.00
So tiket sudah ada. Now, what are we gonna do?. Just wait for the time come la…huhu.
Actually plan ni kami tak perlu nak buat kajian yang terlampau detail memandangkan Zul berasal dari semporna dan segala pandu arah kami cuma bergantung kepada dia sahaja.huhuhu…
Now, hari yang ditunggu telah pun tiba…
Pada 20 April 2012 – Hari Perjalanan yang pertama,
Aku dan Nizam akan menaiki flight pada pukul 3.05 PM manakala kawan aku seorang lagi akan menaiki pesawat pada sebelah petangnya. Itu la padahnya bila beli tiket asing-asing. Dua orang naik awal, sorang lagi naik lambat. Tapi apakan daya, misi kami perlu diteruskan juga.
So, aku dan nizam bergerak dari ofis menuju ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT) menaiki bas di KL sentral. Kami bergerak dari opis dari pusat Bandar damansara ke KL Sentral menaiki teksi. Nasib baikla perhentian terksi kami dekat. Betul-betul depan ofis. Banyak teksi pulak tu. Syukurrr…
Caj yang dikenakan oleh terksi bermeter itu dalam linkungan RM 10.00. Memaang kena the Exact amout pun.puhhh…mahal juga aku cakap (di dalam hati). Tu la nak buat macam mana. Bayor je la….Si nizam
pulak takde banyak cerita.so aku okey je la…Aku pun dah lama x naik pengangkutan awam ni semenjak dah memiliki kenderaan sendiri kereta dan motor. So, perjalanaan aku lebih mudah.
Walau macam mana pun takpe…mungkin disebabkan peningkatan taraf hidup yang membuatkan peningkatan harga tambang pengangkutan awam.
Harga tambang teksi (Pusat Bandar Damansara - LCCT) = RM 10.00
Jumlah Kerugian = RM 10.00
Sampai saja di KL Sentral , aku dan nizam bergegas ke terminal bawah KL Sentral yang menempatkan bas yang akan membawa kami ke LCCT.
Sampi-sampai terus je masuk ke dalam bas dan pilih seat. Aku dengan muka yang slumber pilih seat di sebelah tingkap. Huhu…Dalam bas kami Cuma berborak-borak kosong sebab banyak lagi tenaga nak guna untuk berborak lepas ini.
Harga tiket bas Aerobus (KL Sentral - LCCT) = RM 8.00
Jumlah Kerugian = RM 8.00
Perjalanan memakan masa Selama lebh kurang sejam untuk sampai ke LCCT. Masa berlepas pun awal lagi rasanya sebab kami bertolak pun awal dari ofis. Now ada masa untuk relax-relax di lapangan terbang tanpa perlu rushing . nama pun plan untuk cuti-cuti Malaysia. Hehehe…
Sejam awal kami ke kaunter check-in untuk mengesahkan penerbangan kami dan untuk memindahkan luggage ke dalam perut kapal terbang. Semua urusan berjalan lancar. Tapi panas jugak aku time tu disebabkan kaunter check-in untuk ke semporna ditutup. So, agak mengkonpiuskan aku untuk beratur di kaunter yang mana. So, aku buat keras kepala beratur di lorong penerbangan ke kuching kalau tak silap. Huhu…nasib baik la boleh. Nasib la..sape suruh x de bagi pemberitahuan apa-apa pertukaran kaunter untuk perjalanan ke semporna.
Settle semua benda.Kami masuk ke balai pelepasan (domestic) untuk menaiki pesawat AK 5154 ke semporna melalui Gate P6. Nak tunggu pesawat tiba pulak satu hal.Pesawat kami akan berlepas pada jam 3.05 PM dan dijangka tiba 4 jam selepas itu. Maknanya kami akan sampai pada pukul 7 PM. Kami meronda-ronda dalam LCCT sementara menunggu pesawat tiba. Terbuang begitu sahaja 30 minit kami dengan ronda-ronda tanpa arah tujuan. Hmmm…
YEhhaaaa…now kami berada di dalam pesawat air asia. Pesawat yang sesuai dengan harga yang ditawarkan dengan servis yang diterima. Pesawat yang memiliki tempat duduk yang sangat empuk. Sakit seluruh badan aku naik duduk dalam pesawat ni Selama 4 jam.Macam duduk kat seat full bucket pulak. Aku pun boleh tak tau macam mana nak turunkan seat. Duduk mendongak aje seat aku.Jeles pulak aku tengok orang sebelah duduk selesa dengan badan kerusi dibawahkan. Tapi aku x pasti kena atau tak kat orang belakang.
Ok, secara kesimpulannya yang aku boleh describe tentang perkhidmatan pesawat tambang murah air asia :
- Keluasan tempat duduk sangat sempit – boleh muat kaki je masuk celah kerusi.
- Kemudahan tempat letak makanan yang kotor – kat tempat aku duduk
- Makanan yang dijual di dalam pesawat sangat mahal. Harga 3 kali ganda dari biasa. Memang betul cekik darah air asia ni. Bayangkan botol pringles kecil yang hanya sebesar 500ml dijual dengan harga RM 15.00. What the F??...harga biasa Cuma RM 4.00 boleh jual harga macam tu. Perghh….aku tengok orang sebelah bayar jumlah tu terus kensel aku nak beli. Biarla lapar dari membazir beli makanan yang mahal-mahal.
Hehee…dalam sedar tak sedar aku sebenarnya telah menulis suatu cerita yang lain dari tajuk asalnya…hehhee…tiada apa la..mungkin ini sebagai peringatan buat aku juga.
Ok, berbalik kepada perjalanan dan misi kami yang sebenar. Pesawat kami akan tiba pada jam 7 PM. Di sabah, pukul 6 waktu Malaysia sudah gelap. Aku sempat melihat keindahan sunset dari dalam pesawat sebelum sampai di lapangan terbang Tawau.
Seperti yang dijangka, pukul 7.10 PM pesawat yang menerbangkan kami tiba di lapangan terbang Tawau. Perasaan gembira, excited, teruja, sifat ingin tahu membuak-buak dalam hati kami. Maklumla pergi tempat orang. Mataku ku ini seperti ingin menerkam untuk meninjau suasana di sekitar sabah.
Setibanya di terminal, kami tanpa membuang masa mengambil beg dan blah dari situ untuk pemeriksaan kad pengenalan. Semua settle dan kami dijemput oleh Abang kepada Zul, membe aku tadi yang akan tiba lewat sikit sebab flight dia petang.Sungguh tidak ku sangka rupa abg Zul iras-iras adiknya cuma abangnya lebih pendek dari Zul….hehhehe…
Aku dan Nizam dibawa oleh abang Zul menaiki 4x4 Mitsubishi Triton (kalau x silap) tapi versi yang rendah melawat sekitar bandar Tawau. Seperti biasa bandar tawau pun lebih kurang biasa macam kawasan kampung apabila kebanyakan kedai sudah pun tutup. Kami x move straight pergi ke semporna kerana kami menunggu Zul yang masih lagi dalam pesawat. Nak senang jalan xde la abang si zul ni patah balik patah balik nanti.
Time tu perut aku pun dah berkeroncong, maklumla perjalanan dalam pesawat tadi aku pun x jamah apa-apa makanan. So kami bertiga decide untuk pergi makan di salah sebuah gerai di sekitar tawau. Boleh dikatakan dekat jugak la dengan kawasan pantai. Aku seperti biasa masih belum boleh lari dari makanana ala kemelayuan. Pergi mana-mana confirm nak cari nasi goreng jugak waktu malam.NAsi goreng Cina Telur mata sudah mencukupi.
Nasi goreng cina Telur mata = RM 4.00
Teh O Ais = RM 1.00
Jumlah Kerugian = RM 5.00 (Tetapi telah dipayung oleh En NiZam)
Aku, Nizam dan abang Si zul hanya berborak-borak sementara menunggu ketibaan Zul. Habis makan, kami bergegas semula ke Lapangan Terbang Tawau untuk pickup Zul.Kami sampai di airport pun Zul dah tunggu di balai ketibaan, so x banyak masa kami untuk tunggu dia. Kali ni. Zul yang memandu 4x4 untuk ke semporna. Jadi aku dan nizam hanya duduk di belakang.hehee....
Owh, pemandangan sekeliling semporna aku dapati kebanyakan penduduk di kawasan Semporna mempunyai Trak Pikap. Tak kira la apa jenis sekalipun. Mitsubishi Trition, Toyota Hiace dan Isuzu D-MAx. MAjoriti penduduk di kawasan semporna mempunyai trak pikap ini. Dalam hati aku tertanya-tanya juga trak pikap ni dorang guna untuk kegunaan apa. Mungkin kawasan kampung agaknya. Mereka memerlukan sebuah kenderaan yang boleh membawa muatan yang banyak untuk kegunaan seharian.
Perjalanan kami dari Lapangan Terbang tawau ke semporna telah ditaja sepenuhnya oleh Agensi Travel Abang Zul...hahahah...Just joking. Untungnya bila ada kenalan kalau pergi ke sesuatu tempat. Confirm dapat jimatkan bajet.Perjalanan dari Tawau untuk sampai ke semporna melalui jalan darat memakan masa lebih kurang sejam.
Lapangan Terbang Tawau - - -> Semporna = ditaja sepenuhnya
Jumlah Kerugian = RM 0
. Seusana sekeliling kami dapat rasakan kemeriahan Pesta Regatta Lepa yang diadakan di daerah semporna selama 3 hari berturut-turut pada keesokan paginya. Kebanyakan rumah rumah tempatan di kawasan semporna dihiasi dengan Sembulayang yang besar di hadapan rumah mereka.Kami sampai di Semporna dalam pukul 10.30 malam jugak.
Pesta Regatta Lepa - Pesta Air tahunan yang diadakan di daerah semporna. Lebih kurang macam jom heboh di Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang ada ialah pertandingan menghias bot menggunakan sembulayang.
Bot yang dihias dengan sembulayang |
Penginapan kami pada 3 hari di semporan terletak di Jalan Tagasan, Kg Bubul Lama Semporna. Bajet house yang pada aku sudah cukup selesa untuk aku bermalam. Ye la kan, kata nak save bajet dan ikut cara backpackers. Janji pada aku semua kelengkapan dah mencukupi. Ada katil ada kipas dan bilik air itu sudah cukup memadai. Lagipun misi utama aku adalah untuk menakluki pulau-pulau di kawasan sekitar semporna. Nizam pula misi utama dia mengambil seberapa gambar yang cantik untuk dijadikan koleksi peribadi.
Penginapan sehari di Guest House ini : RM 80.00
( x) 3 Hari 2 malam
Jumlah Kos : RM 240.00
Bahagi 2 Orang - Kos Seorang kira-kira : RM 120.00
Jumlah Kerugian aku : RM 120.00
Boleh tengok link ini kalau berminat : Guest House - Marahadja Saali Guesthouse
Keseronokan di dalam guest house ni sampai aku pun lupa nak amek picture dalam biliknya. hehhehe.....
Malam tu aku dan Nizam tak de buat ape-ape aktiviti lain selain melepak. Kebetulan kawan nizam lagi 2 orang check-in bersebelahan bilik kami. Borak-borak je la sehingga larut malam. Kami tidur awal malam tu kerana keesokan paginya kami ade misi penting yang hendak diselesaikan.
No comments:
Post a Comment