Buat pertamanya sekali dalam hidup aku ini menulis blog semula setelah sekian lamanya menyepi dari sebarang bentuk penulisan di dalam laman sesawang. al-maklumla, bizi dengan kerja-kerja sehingga membataskan penulisan ku ini.
Tapi hari ini, tanggal 22 December 2012, setelah ku kuciwa kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kazen ku di Muor Johor akibat tayar keretaku pancit ,entah tiba-tiba macam mana kau rasa bersemnagat semula nak menulis blog. Mungkin kerana kebosanan agakya.hehehehehe............smapaikan sekarang pun aku tak tau yang blog sekarang kena login menggunakan Gmail account. haha....noob gilers. So, aku start dengan mengodek-godek dulu gmail account aku ni yang dah bersarang. labah-labah pun start beranak-pinak kat web ni...
Dengan rasa berbesar hati dan excitednya, aku pun memulakan langkah pertamaku,
1) Blog Header. blog kasi nampak cun skit...
2) Template. Aku mencari template-template yang sesuai dengan tema travelog ni. Tapi ku kecewa kerana semua template aku x berkenan. puas aku mencari merata-rata tempat tak jumpa jugak. Akhirnya aku pakai je la apa yang ada. Mudah, senang dan pantas.
3) Layout. Bab ni yang aku masih x reti nak adjust macam mana. aku kalau boleh nak layout yang simple supaya senang nak review. orang lain pun senang la nak view. x berat dan x memakan byte yang banyak. hehhehe....
4. Colour. Aku lebih prefer suasana yang gelap. which means Dark colour especially HITAM.
5. Gadget. Bab ni pun aku masih fail lagi sebab masih x reti ape yang nak pakai dan x nak pakai. nak tak nak kena cuba la satu-satu. Akhirnya pakai je la yang simple2..ade aku kesah.
Moga blog baru aku ni boleh menjadi titik tolak untuk aku memulakan semula karya penulisan ku ini supaya dapat bergerak aktif pada masa-masa akan datang. Free for those who wants to read my blog. no charges. lain la kalau nak bayar secara personal. boleh je...hehheee...
ok. sterusnya seperti aku mula-mula cakapkan tadi. Blog aku ini akan bertemakan Travelog, yakni catatan perjalananku tak kira dari mana kemana, kemana sahaja yang aku pergi dan aku rasa nak share kat umum, aku akan postkan kat sini. aku prefer untuk perjalana secara terperinci. Maknanyan every single moment, funny stories akan aku selitkan kat sini. Terpulang kepada korang yang nilai and nak baca nanti.
* Gambar *Catatan perjalanan *perkongsian cerita * *moral of the story
heheheheh....itula serba sedikit sebagai permulaaan cerita.
oooo ya..bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" pepatah ni aku sangat setuju memandangkan aku pun susah nak jatuh cinta dengan orag yang aku x pernah jumpa atau x kenal.
Serba sedikit mengenai diriku.
OYAJI MICHI |
MUGIWARA PIRATE : STRAW HAT LUFFY |
Nama Penuh : MOHD AZMI BIN MAN
Nama Panggilan : Michi / Ami
Umur : 25 tahun (2012)
Hobi : Sangat banyak. Semua aku suka buat kalau ade orang ajak.
Paling aku minat sekali Travel. Travel x kira kemana, dalam malysia, luar negara, ke bulan sekalipun selagi ade peluang aku akan GRAB awal-awal.
ehehehe...ini bukan main-main ma...aku pernah masa budak dulu pergi johor bahru berbekalkan dengan hanya RM50. Makan x makan la time tu. punya la nak travel. yang penting bagi aku mata aku ni. sentiasa liar untuk tengok benda-benda yang baru.
Aku sangat tertarik dengan Quote ni :
"The best part in travel is not destination, but journey"
Quote ni menghuraikan tentang apa yang paling best ketika mengembara adalah perjalanan dan detik yang dilalui sepanjang perjalanan itu, kisah perit getir, kepayahan dan kesusahan dalam perjalanan tersebut sebelum sampai ke sesuatu tempat. secara tak langsung boleh membina "self-confidence" kita ketika berdikari.
Macam aku ni seriouly aku cakap aku ade pendirian, tetapi aku mudah luntur dengan pendirian aku kalau ada anasir-anasir luar yang mempengaruhi aku. aku suka belajar untuk meningkatkan "self-confidence" aku supaya jika aku rasakan sesuatu itu betul aku tetap dengan pendirianku sendiri.
hehehhee...melangkau jauh sudah....
" I like picture, I like story " I like to explore a world........
Secara umumnya, aku tiada sebarang catatan perjalanan sebelum ni. So, From now on, with the blessings of Allah S.W.T, now im officially a Blog Writer. cheyywah...hehehe....harap-harap blog ini akan kekal segar dengan penceritaan yang lebih menari akan datang, khas untuk catatan sendiri dan tatapan umum. Aku sukakan penceritaan yanag berisi yakni yang memberikan pengetahuan bukan hanya cerita kosong semata-mata.
Oklah..panjang lebar dah rasanya, aku pun x pernah buat karangan sepanjang ini masa sekolah menengah dulu. ini kira dah panjang jugak kan....huhu.
Wassalam..........
POSTER GANJARAN MARIN LAUT
22 DISEMBER 2012
Jika kepada sesiapa yang berjaya menangkap Pirate di atas ini, sila bawa kepada Pegawai Marine Laut untuk menebus ganjaran, Death or Alive! |
No comments:
Post a Comment