Yeeeehhhhhaaa!!!!!
Akhirnya....
Pulau yang ditunggu-tunggu dan merupakan destinasi utamaku dalam perjalanan menjelajah kepulauan Borneo. Bak kata orang, kalau pergi semporna tapi tak meninggalkan tapak kaki di pulau ini, rasa macam seolah-olah perjalanan anda tak lengkap la. Sama macam TAGLINE kat penang la..."You never been in penang, if you are were not in penang hill" . Ada butul ka? Lebih kurang la...
Dah merepek meraban aku ni...
Ok, nah....saya sajikan gambar-gambar sekitar kepulauan ini....lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana OhsEEmm nye pulau ni...
Oh ya
Kos ke pulau ini :
Bot persendirian (penduduk tempatan ) = RM 100.00 ( 3 Orang , 2 pulau)
Minum = RM 10.00 ( 3 orang)
Jumlah kerugian seorang = RM 110.00 / 3 = RM 33.30
Selamat Datang! |
Viewpoint 1 |
Viewpoint 2 |
Air memang jernih kehijau-hijauan |
Lokasi pendaratan Helikopter |
Sekitar pulau mabul |
Review mengenai Pulau Mabul :
1) Carilah kawasan pendaratan bot yang selamat (jika menaiki bot persendirian) kerana mungkin anda akan terpijak Periuk Api ( najis) dari penempatan atas laut oleh Penduduk bajau laut. HA HA!
2) Pulau ini berkeluasa lebih kurang seperti pulau KECIL di perhentian, Terengganu.
3) Pulau ini menjadi tarikan selepas pulau Sipadan yang telah tutup akibat serangan lanun dahulu.
4) Terdapat beberapa View Point yang menarik jika anda seorang peminat fotografi.
5) Pulau yang sangat cantik dan anda boleh meneroka di dalam pulau ini dalam masa hanya kurang dari sejam.
6) Terdapat penduduk yang menjalankan aktiviti pernigaan di dalam pulau ini.
7) Macam biasa, kalau agak-agak anda ada beli makanan dan berniat untuk sedekah kepada anak-anak kecil di sini. Lebih baik anda beli dengan kuantiti yang banyak terus, kerana anak-anak kecil ini serba kekurangan dan mereka akan meminta-minta kepada anda. Biasanya, jika anda beri kepada seorang tengoklah satu Batalion yang lain akan datang nanti...KEKEKE..
8) Kawasan tumpuan bagi penggemar-pengemar aktiviti Diving. Kerana apa? Kerana hidupan laut dan ekosistemnya yang unik.
9) Mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Jeti Semporna untuk sampai. kesini.
10) Anda boleh bermalam disini dengan menempah Resort yang paling eksklusif atau Rumah tumpangan yang paling murah sekali.
Secara keseluruhanya, pulau ini Nora bagi **** 4 Bintang!
No comments:
Post a Comment