Pertamanya sekali, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapat aku menakluki puncak gunung kedua tertinggi di Indonesia. Tak lain tak bukan Gunung Rinjani dengan ketinggian 3726 meter dari paras laut.
Trip pendakian kali ini sebenarnya memang trip yang paling gila dalam hidup aku kerana aku mendaki tanpa sebarang persediaan langsung. kah kah kah. Jangan kata nak buat latihan jogging atau latihan pendakian, warming up pun tak buat...hahaha. Ni kira main sental je pegi terus mendaki. Tapi alhamdulillah, dengan kekuatan mental yang ada walaupun sebenarnya kekuatan fizikal memang boleh dikatakan tawakal sahaja aku berjaya juga akhirnya sampai di puncak.
Trail pendakian :
Desa Sembalun - Plawangan Sembalun - Summit - Plawangan Sembalun - Desa Sembalun.
Sebenarnya, trail pendakian yang aku buat ni antara agak mencabar kerana tempoh pendakian yang singkat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. ye la kan, 2 hari je kot.
Aku sebenarnya menghadapi kekangan masa untuk menulis catatan perjalanan bagi pendakian ini. Hanya gambar sahaja yang aku boleh sajikan untuk tatapan anda semua.
See & believe.
|
Menikmati waktu sarapan pagi di Desa Sembalun. Kopi rinjani yang sangat sedap, pekat dan melekat di dalam hati. |
|
Sesi memanaskan badan sebelum pendakian. padahal tak pun, bergambar sahaja. |
|
selfie tapak kaki |
|
Pak Din, porter pendakian kami pada hari tersebut. Walaupun sudah berusia tetapi masih gagah berjalan jauh dengan membawa beban seberat 40KG |
|
Bersama dua orang penunjuk arah kami. Berbaju biru adalah Mas Tri dan berbaju hijau adalah Mas Tugas Hari Utomo |
|
Selfie di Padang Savana. Panas dan terik. |
|
Alhamdulillah, setelah berjalan dan mendaki selama lebih kurang 1 jam. kami tiba di Pos 1. |
|
Perjalanan di padang savana adalah sangat cantik dengan mengahadap permandangan Gunung Rinjani |
|
Berhenti rehat dan waktu makan tengahari. |
|
Melihat porter dan guide memasak maggi bagi hidangan tengahari |
|
Salah satu keindahan sepanjang perjalanan, kawasan berbukit yang dilitupi kabus-kabus |
|
Bukit penyesalan. Ada 7 bukit penyesalan yang perlu ditempuhi sepanjang perjalanan ini. sangat menyeksakan. |
|
Permandangan sebelum tiba di Plawangan Sembalun |
|
Plawangan Sembalun |
|
Suasana senja di Plawangan Sembalun. Sangat indah |
|
Sunset |
|
yeah! we did it. |
|
Perjalanan ke puncak yang menyeksakan kerana berbatu dan berpasir jerlus. |
|
hampir ke puncak |
|
Selfie kaki |
|
Akhirnya, alhamdulillah kami tiba di puncak pada pukul 7 pagi. |
|
Aku dan Nizam kini berada di puncak gunung berapi kedua tertinggi di indonesia. |
|
Bergambar bersama pelajar-pelajar Universitas Teknologi Indonesia |
|
View puncak Rinjani |
|
Puas! |
|
Photo grid |
Hi, berapa kos untuk naik rinjani 2h1m? Bole tak sy dptkan contact org yg buat package nih. Email : nurizzatiramlan@gmail.com
ReplyDeleteok saya emelkan
ReplyDelete