Pagi hari kedua di semporna, aku dan Nizam bangun awal pada pagi tu. Seperti yang dijanjikan dengan Zul dan Pembawa bot kami, Abang Man untuk membawa kami menerokai pulau-pulau di sekitar semporna. Sarapan pagi kami pada pagi itu ditaja oleh Guest House Maharadja Sa'Ali. hehhehe....Baik sungguh owner guest house ini kerana memberi kami sarapan pagi walaupun dalam pakej penginapan kami tiada disediakan makan. Semunya berlaku secara kebetulan kerana kebetulan pagi tu aku dan nizam lepak kat ruang rehat hisap rokok. Dapat jugak makan free sekali sekali. Thanks makcik & Pakcik for Kopi O & Maggi Sup.
Misi kami bermula selepas kehadiran Zul, kami bersiap-siap untuk terus ke jeti yang akan membawa kami ke Pulau yang dijanjikan.Excited giler bang masa tu....Sampai je kat Jeti Semporna kami diperkenalkan kepada Abang Man. Abang Man ni adalah penduduk tetap di semporna yang mempunyai bot sendiri. So, mudahla urusan kami untuk kawtim ngan dia kalau nak pergi ke mana-mana.
Abang Man |
Bot yang kami naiki agak special kerana hanya mampu untuk menampung 4 orang penumpang untuk satu perjalanan. Bot kecik je. Tapi itu semua aku tak kisah kerana bot macam ini yang aku lebih prefer dari speed boat. Heeeeee....Sakit punggug sikit naik bot ni. Tapi itulah yang aku inginkan. Barulah satu pengalaman bermakna beb.
Destinasi pertama kami adalah ke Pulau maiga. Aku nak describe mengenai pulau ni pun aku tak reti. Inilah pulau yang aku baru nak terokai.
So, nilai dengan mata kepala anda sendiri dengan gambar ini..hehhehee....
Perjalanan dari jeti semporna ke Pulau Maiga mengambil masa 45 minit.
Perairan air di sekitar kepulaun sabah |
Aku |
Nizam |
Permandangan Pulau Maiga dari atas bot dengan jarak 500 M sebelum mendarat |
Bersedia untuk mendarat |
Struktur rumah penduduk bajau laut |
Sumber utama: menjual rumpai laut. Original kolagen ni. |
Abang Man dengan posingnya. |
Seorang awek di pulau maiga. Asyik bermain handset. |
Tangkap gambar untuk koleksi peribadi |
Ouch... |
Pendapat aku mengenai pulau Maiga :-
1) Tumbuhan di daratan kebanyakannya pokok kelapa.
2) Masyarakat di sini masih lagi tertinggal dari arus pembangunan.
3) Penduduk di sini mendapat hasil dengan mengutip rumpai laut untuk dijual ke pasaran luar.
4) Terdapat juga penduduk yang mengambil upah dengan menghasilkan bot.
5) Tidak terdapat resort atau aktiviti -aktiviti pelancong yang boleh didapati di sini selain snorkeling dan skuba.
6) Kebanyakan rumah masih lagi keadaan daif dengan struktur binaan diperbuat dari kayu.
7) Majoriti penduduk di sini masih lagi di taraf kemiskinan.
Selamat tinggal Pulau Maiga , ada masa kita berjumpa lagi di kemudian hari.
NEXT DESTINATION : PULAU SIBUAN....
Thank you for the very nice pictures - I hope, that I can visit some of this islands with the Bajau Laut next January or February...
ReplyDeleteYou should visit this island, because its very amazing. A lot of stories you will get there.
DeleteI am sorry, that I could not go there - after the kidnapping and killing on Pom Pom my friends did not want, that I visit the Semporna region...
DeleteBoleh tau bapa harga botbke maiga.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSaya menggunakan servis bot persendirian dari penduduk di sana. Harga boleh ditawar mengikut destinasi. Cik nurhidayah boleh terus ke jety semporna kalau nak dapatkan perkhidmatan speed boat. Bayaran per head
Delete