tag

Monday, 24 December 2012

Travelog ke Semporna, Sabah - Day 3 (Pulau Ketam @ Gusungan)

Hari ini merupakan hari ketiga aku menjelajah pulau-pulau di sekitar kepulauan semporna. Macam biasa, aku bangun seawal pagi. Mandi-mandi, siap-siap terus sarapan di kedai berhadapan Guest House kami. Oh ya, penginapan kami berada di Jalan Tagasan.

Makan biasa-biasa sahaja.

Kos
Nasi lemak : RM 1.00
Teh tarik     : RM 1.00

Jumlah kerugian : RM 2.00

Zul sampai agak lewat, dalam pukul 9.00 pagi. Gerak seberapa pantas terus ke jeti. Di jeti, abang man siap sedia membawa kami ke Pulau Mabul. Isi minyak, hidupkan enjin bot, terus gerak.....

Sebelum ke Pulau Mabul, kami sempat singgah di Pulau Ketam @ Gusungan yang mana pulau ini merupakan pulau perantaraaan di antara jeti kami dan Pulau Mabul. Kira kami di dalam satu perjalanan.Tak perlu  nak patah balik, patah balik kan....


Pulau Ketam @ Gusungan












 Satu hari, jika berkesempatan ke pulau ini lagi. Aku akan bawak khemah siap-siap dan bermalam di sini.

Mengenai Pulau ini : 

1) Kalau dilihat dari jauh, pulau ini sangat kecil berbanding pulau-pulau yang lain.
2) Hanya ada beberapa pokok sahaja. Pokok ketapang yang paling besar.
3) Ada penempatan kecil.
4) Didiami oleh Penduduk Bajau Laut.
5) Terdapat gelanggang Bola tampar pasir di tengah-tengah pulau ini.


Next jom ke :  Pulau Mabul


No comments:

Post a Comment