tag
Showing posts with label hiking. Show all posts
Showing posts with label hiking. Show all posts

Monday, 22 June 2015

My Instagram

Aku sering terfikir dalam diri aku ini, sejauh mana aku akan mempergiatkan diri aku dalam aktiviti-aktiviti outdoor nih.

Adakah sampai ke tua?
Adakah sampai umur aku 55 tahun?

Atau adakah aku akan berhenti apabila usia sudah menganjak 30 tahun...

Tapi, apa yang pasti selagi badan ku masih kuat dan berupaya pastinya aktiviti-aktiviti begini aku takkan boleh tinggalkan. Sebab apa?

MINAT... ye minat.

Sekiranya anda ada terbaca posting ini, jemputlah follow di instagram saya pendaki_berdaki

Insyaallah, aku akan follow korang semula sekiranya diminta. He he he

Monday, 19 January 2015

Tips Pendakian ke Bukit Tabur (WEST)

Sedikit Tips & Review mengenai pendakian Bukit Tabur (West).

1) Perlu datang seawal pagi memandangkan ketiadaan parking khas. Takut parking penuh.

2) Landmark Bukit tabur (west side)
- Pintu Gerbang

3) Bagi pendakian awal pagi seeloknya bawalah head lamp atau kalau ada lampu hanset sudah mencukupi.

4) Tiada tandas awam disediakan. Sebaiknya lepaskan hajat sebelum mendaki.

5) 300 meter pertama akan melalui kawasan spot atau perhentian untuk melihat permandangan empangan klang gates. Sini juga kawasan terbaik untuk melihat matahari terbit. Subhanallah. Sangat cantik.

6) Ada 5 peak (highest point) sepanjang perjalanan.

7) Ikutlah penunjuk arah yang disediakan. Sekeping kertas bergambar "kura-kura" diletakkan di sepanjang laluan.

8) untuk sampai ke signboard Bukit tabur west, perlu sampai ke Peak keempat.

9) Pendakian untuk sampai ke Peak ke-5 perlu menggabungkan skill hiking + rock climbing. Sangat mencabar dan sangat bahaya kepada yang tak biasa. Kalau silap langkah, alamatnya ke GAUNG la.

10) walaupun hanya 500m ketinggian. Bukit tabur memang sangat mencabar dan totally ohsem!!. 5 bintang.

11) Perjalanan naik biasa sehingga ke peak ke-5 dan turun semula memakan masa 4-5 jam. Tak campur rehat2, ambik gambar. Kalau naik pukul 6 sampai bawah dalam pukul 11.

Sekian.

#pendakiberdaki