tag

Tuesday, 23 June 2015

Mendaki Gunung Kinabalu melalui trek Mesilau, Sabah

Hey yo kawan-kawan,

Pastinya korang semua berasa sedih kan berikutan kejadian gempa bumi yang telah melanda wilayah di sabah baru-baru ini. Terutamanya berita yang melibatkan pendaki-pendaki gunung kinabalu yang terkorban dan tercedera akibat dari gegaran gempa bumi berskala 6.9 S.K

Aku ingin merakamkan rasa terima kasih kepada Malim-Malim gunung kinabalu yang mana mereka telah menyelamatkan ratusan pendaki-pendaki yang terperangkap di sepanjang lalaun naik dan turun kinabalu.

Mereka adalah HERO yang sebenar.


Hari ini juga aku berminat untuk menjurnalkan perjalanan aku di sepanjang pendakian ke gunung kinabalu melalui trek Mesilau pada bulan september 2014 yang lepas. Tetapi kali ini, aku ingin menjurnalkan perjalanan aku melalui gambar sahaja.


Kami seramai 13 orang adalah pendaki gunung Kelab Sukan dan Kebajikan Tabung Pembangunan Kemahiran (KSKTPK). 

Permandangan gunung kinabalu dari jauh. Dekat di mata jauh di kaki

Pokok di laluan Mesilau

Sunset di Laban Rata

Laban Rata Guest House

Sunset selepas di Sayut-Sayut

Seperti di wang kertas seringgit

Cun!

Seringgit

Tali untuk mendaki ke puncak

Laban Rata selfie 

Kami berlima tiba di puncak awal

Yeah!!! we did it.

Cara menjaga kandungan blog anda daripada diciplak

Hey yo kawan-kawan,

Pernah tak terjadi kepada korang bila mana content blog korang dicuri oleh orang lain? Mesti rasa sakit hari kan? Itu la aku pun sakit hati jugak. Lagi canggih sesuatu teknologi lagi bijak pencuri-pencuri hakcipta ni membuat kerja.

Informasi/berita/artikel yang panas dan sensasi biasanya menjadi sasaran bagi blogger-blogger merembat hasil kerja orang lain. Cara mudah nak buat duit cepat la tu. ye la kan, dengan content yang hebat selain dapat menjadi bahan tarikan bacaan umum, ianya juga dapat menarik minat orang lain untuk mendekati page korang. Langkah seterusnya blogger-blogger ini tak lain tak bukan dengan mewujudkan adsense atau adclick la.

Hari ini aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana untuk membekukan page blog anda supaya tak dapat diselect + dicopy mahupun dipaste oleh pembaca-pembaca umum.

Biasanya tindakan pencuri content blog ini mereka akan COPY + PASTE sahaja content page korang. Aku akan tunjukkan bagaimana untuk menghalang mereka berbuat demikian di page blog korang.



Caranya mudah sahaja,

1) Pergi kepada DASHBOARD dan CLICK LAYOUT

2) Tambah GADGET

3) Pilih HTML / JAVASCRIPT pada Popup Window

4) COPY & PASTE kod seperti di bawah.


<!--MBW Code -->
<!--mybloggersworld.com-->
<script language='JavaScript1.2'>
function disableselect(e){
return false
}
function reEnable(){
return true
}
document.onselectstart=new Function ("return false")
if (window.sidebar){
document.onmousedown=disableselect
document.onclick=reEnable
}
</script>


5) KLIK SIMPAN.

Kini, content blog anda terpelihara dari gejala-gejala copy + paste.


Harap bermanfaat.

Sekiranya berjaya, sila komen BERJAYA di blog post ini. :)


Monday, 22 June 2015

My Instagram

Aku sering terfikir dalam diri aku ini, sejauh mana aku akan mempergiatkan diri aku dalam aktiviti-aktiviti outdoor nih.

Adakah sampai ke tua?
Adakah sampai umur aku 55 tahun?

Atau adakah aku akan berhenti apabila usia sudah menganjak 30 tahun...

Tapi, apa yang pasti selagi badan ku masih kuat dan berupaya pastinya aktiviti-aktiviti begini aku takkan boleh tinggalkan. Sebab apa?

MINAT... ye minat.

Sekiranya anda ada terbaca posting ini, jemputlah follow di instagram saya pendaki_berdaki

Insyaallah, aku akan follow korang semula sekiranya diminta. He he he

Thursday, 4 June 2015

Pendakian Gunung Rinjani, Lombok Indonesia ( 2 hari 1 malam)

Pertamanya sekali, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapat aku menakluki puncak gunung kedua tertinggi di Indonesia. Tak lain tak bukan Gunung Rinjani dengan ketinggian 3726 meter dari paras laut.

Trip pendakian kali ini sebenarnya memang trip yang paling gila dalam hidup aku kerana aku mendaki tanpa sebarang persediaan langsung. kah kah kah. Jangan kata nak buat latihan jogging atau latihan pendakian, warming up pun tak buat...hahaha. Ni kira main sental je pegi terus mendaki. Tapi alhamdulillah, dengan kekuatan mental yang ada walaupun sebenarnya kekuatan fizikal memang boleh dikatakan tawakal sahaja aku berjaya juga akhirnya sampai di puncak.

Trail pendakian :

Desa Sembalun - Plawangan Sembalun - Summit - Plawangan Sembalun - Desa Sembalun.

Sebenarnya, trail pendakian yang aku buat ni antara agak mencabar kerana tempoh pendakian yang singkat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. ye la kan, 2 hari je kot.



Aku sebenarnya menghadapi kekangan masa untuk menulis catatan perjalanan bagi pendakian ini. Hanya gambar sahaja yang aku boleh sajikan untuk tatapan anda semua.

See & believe.


Menikmati waktu sarapan pagi di Desa Sembalun. Kopi rinjani yang sangat sedap, pekat dan melekat di dalam hati.

Sesi memanaskan badan sebelum pendakian. padahal tak pun, bergambar sahaja.

selfie tapak kaki

Pak Din, porter pendakian kami pada hari tersebut. Walaupun sudah berusia tetapi masih gagah berjalan jauh dengan membawa beban seberat 40KG

Bersama dua orang penunjuk arah kami. Berbaju biru adalah Mas Tri dan berbaju hijau adalah Mas Tugas Hari Utomo

Selfie di Padang Savana. Panas dan terik.

Alhamdulillah, setelah berjalan dan mendaki selama lebih kurang 1 jam. kami tiba di Pos 1. 

Perjalanan di padang savana adalah sangat cantik dengan mengahadap permandangan Gunung Rinjani

Berhenti rehat dan waktu makan tengahari.

Melihat porter dan guide memasak maggi bagi hidangan tengahari

Salah satu keindahan sepanjang perjalanan, kawasan berbukit yang dilitupi kabus-kabus

Bukit penyesalan. Ada 7 bukit penyesalan yang perlu ditempuhi sepanjang perjalanan ini. sangat menyeksakan.

Permandangan sebelum tiba di Plawangan Sembalun

Plawangan Sembalun

Suasana senja di Plawangan Sembalun. Sangat indah

Sunset

yeah! we did it.

Perjalanan ke puncak yang menyeksakan kerana berbatu dan berpasir jerlus.

hampir ke puncak

Selfie kaki

Akhirnya, alhamdulillah kami tiba di puncak pada pukul 7 pagi.

Aku dan Nizam kini berada di puncak gunung berapi kedua tertinggi di indonesia.

Bergambar bersama pelajar-pelajar Universitas Teknologi Indonesia

View puncak Rinjani

Puas!

Photo grid