tag

Sunday, 4 May 2014

Backpack dari KL - HADYAI - KRABI - KOH PHI PHI - PHUKET - Kl


Ke thailand lagi, selepas Koh Samui tahun lepas..

Trip kali ini agak berlainan sedikit kerana aku dan bersama 3 orang rakan ofis akan mengikuti perjalanan ini.

Buddies :

Aku,

1) Boss East ma
2) Nizam
3) Sani

Seperti biasa, apa yang perlu sebelum memulakan perjalanan adalah persediaan dari segi bajet kewangan dan jadual perjalanan.

 Bajet perjalanan kami selama 5 hari.


Sebenarnya, ini adalah anggaran kasar yang perlu disediakan seorang bagi langkah survival di sana. Tak termasuk lagi kos makan & aktiviti tambahan. Ye la kan, dah duduk kat area pantai takkan nak duduk menonggong je tepi pantai.

Kurang - kurang mesti nak island hoping, round island dengan motosikal, sopping sikit-sikit.

So, apa yang menariknya sepanjang perjalanan kami ini?








Thursday, 24 April 2014

Koleksi Video Dari Lensa Kamera Gopro Hero 3+

 Hi,

Entri kali ini saya akan kongsikan koleksi video-video saya menggunakan rakaman dari kamera aksi GoPro Hero 3+

KLik Sini ---> GoPro Saya!

-Video yang masih biasa kerana  masih banyak lagi yang perlu saya belajar dari kajian dan pembacaan.

 Apa yang perlu?

1) GoPro Hero 3+     -  Untuk merekod aktiviti anda

1) GoPro Mounting  -  Sebagai pendakap GoPro anda.

3) GoPro Studio        - Untuk proses Convert, Trimming, Mixing, Editing.


< Feel free to view & Share it>

Untuk peningkatan ilmu saya, Jangan lupa KRITIK & KOMEN ye :)




 



Wednesday, 23 April 2014

Kamera Aksi - Gopro Hero 3+ Black edition

Kamera GoPro mungkin dah tak asing lagi dalam masyarakat di malaysia memandangkan peningkatan budaya "SELFIE" pelbagai golongan dan peringkat umur.




Selaras dengan penularan gejala selfie ini jugalah meningkatnya permintaan kepada gadget-gadget yang boleh menjadikan sesuatu gambar lebih menarik.Bagi aku sendiri pun tak lepas dari fenomena ni..hehe.

Tapi...bukan itu tujuan asalnya...

Untuk itu, beli dulu baru tahu..ye tak.

Kamera Gopro Hero 3+ Black Edition

Jumlah kerugian :

1) GOpro camera                                   = RM 1350.00
2) LCD Touch Bacpac                            = RM 300.00
3) Memory card 32GB                            = RM 90.00
4) Extion HD External chager + 2 battery = RM 110.00
5) SP Gadget 39" Pov Pole                     = RM 350.00
6) Handlebar mount                                = RM 99.00
7) Wifi Remote mounting kit                    = RM 100.00

** Free item = Monopod





Nak tanya apa- apa boleh whatsapp no saya 
018-2303750 (Azmi) 
:-)



Travelog ke Semporna, Sabah - Day 3 (Pulau Mabul)


Yeeeehhhhhaaa!!!!!

Akhirnya....

Pulau yang ditunggu-tunggu dan merupakan destinasi utamaku dalam perjalanan menjelajah kepulauan Borneo. Bak kata orang, kalau pergi semporna tapi tak meninggalkan tapak kaki di pulau ini, rasa macam seolah-olah perjalanan anda tak lengkap la. Sama macam TAGLINE kat penang la..."You never been in penang, if you are were not in penang hill" . Ada butul ka? Lebih kurang la...

Dah merepek meraban aku ni...

Ok, nah....saya sajikan gambar-gambar sekitar kepulauan ini....lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana OhsEEmm nye pulau ni...

Oh ya

Kos ke pulau ini :

Bot persendirian (penduduk tempatan ) = RM 100.00 ( 3 Orang , 2 pulau)

Minum = RM 10.00 ( 3 orang)

Jumlah kerugian seorang = RM 110.00 / 3 = RM 33.30


Selamat Datang!


Viewpoint 1


Viewpoint 2





Air memang jernih kehijau-hijauan





Lokasi pendaratan Helikopter





 


Sekitar pulau mabul






Review mengenai Pulau Mabul :

1) Carilah kawasan pendaratan bot yang selamat (jika menaiki bot persendirian) kerana mungkin anda akan terpijak Periuk Api ( najis) dari penempatan atas laut oleh Penduduk bajau laut. HA HA!

2) Pulau ini berkeluasa lebih kurang seperti pulau KECIL di perhentian, Terengganu.

3) Pulau ini menjadi tarikan selepas pulau Sipadan yang telah tutup akibat serangan lanun dahulu.

4) Terdapat beberapa View Point yang menarik jika anda seorang peminat fotografi.

5) Pulau yang sangat cantik dan anda boleh meneroka di dalam pulau ini dalam masa hanya kurang dari sejam.

6) Terdapat penduduk yang menjalankan aktiviti pernigaan di dalam pulau ini.

7) Macam biasa, kalau agak-agak anda ada beli makanan dan berniat untuk sedekah kepada anak-anak kecil di sini. Lebih baik anda beli dengan kuantiti yang banyak terus, kerana anak-anak kecil ini serba kekurangan dan mereka akan meminta-minta kepada anda. Biasanya, jika anda beri kepada seorang tengoklah satu Batalion yang lain akan datang nanti...KEKEKE..

8) Kawasan tumpuan bagi penggemar-pengemar aktiviti Diving. Kerana apa? Kerana hidupan laut dan ekosistemnya yang unik.

9) Mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Jeti Semporna untuk sampai. kesini.

10) Anda boleh bermalam disini dengan menempah Resort yang paling eksklusif atau Rumah tumpangan yang paling murah sekali.



Secara keseluruhanya, pulau ini Nora bagi **** 4 Bintang!