tag

Tuesday 23 June 2015

Cara menjaga kandungan blog anda daripada diciplak

Hey yo kawan-kawan,

Pernah tak terjadi kepada korang bila mana content blog korang dicuri oleh orang lain? Mesti rasa sakit hari kan? Itu la aku pun sakit hati jugak. Lagi canggih sesuatu teknologi lagi bijak pencuri-pencuri hakcipta ni membuat kerja.

Informasi/berita/artikel yang panas dan sensasi biasanya menjadi sasaran bagi blogger-blogger merembat hasil kerja orang lain. Cara mudah nak buat duit cepat la tu. ye la kan, dengan content yang hebat selain dapat menjadi bahan tarikan bacaan umum, ianya juga dapat menarik minat orang lain untuk mendekati page korang. Langkah seterusnya blogger-blogger ini tak lain tak bukan dengan mewujudkan adsense atau adclick la.

Hari ini aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana untuk membekukan page blog anda supaya tak dapat diselect + dicopy mahupun dipaste oleh pembaca-pembaca umum.

Biasanya tindakan pencuri content blog ini mereka akan COPY + PASTE sahaja content page korang. Aku akan tunjukkan bagaimana untuk menghalang mereka berbuat demikian di page blog korang.



Caranya mudah sahaja,

1) Pergi kepada DASHBOARD dan CLICK LAYOUT

2) Tambah GADGET

3) Pilih HTML / JAVASCRIPT pada Popup Window

4) COPY & PASTE kod seperti di bawah.


<!--MBW Code -->
<!--mybloggersworld.com-->
<script language='JavaScript1.2'>
function disableselect(e){
return false
}
function reEnable(){
return true
}
document.onselectstart=new Function ("return false")
if (window.sidebar){
document.onmousedown=disableselect
document.onclick=reEnable
}
</script>


5) KLIK SIMPAN.

Kini, content blog anda terpelihara dari gejala-gejala copy + paste.


Harap bermanfaat.

Sekiranya berjaya, sila komen BERJAYA di blog post ini. :)


No comments:

Post a Comment